Sudah lama tak update blog, planning lepas ni nak catat semua aktiviti kerja kat sini. Dan permasalahan hari ini adalah berkaitan rangkaian internet. Masalah dilaporkan oleh Pembantu Tadbir pada pukul 8 pagi. Tindakan segera diambil sejurus menerima laporan.
Langkah tindakan pengesanan masalah hari ini.
A. Pemeriksaan bekalan kuasa kepada network switch di semua lokasi.
1.Pejabat Am - ok
2.Pusat Akses - ok
3.Makmal komputer - no power.
Masalah dikenalpasti, pemutus litar pada papan agihan berada dalam keadaan off. Rangkaian internet kembali pulih setelah beberapa minit pemutus litar dihidupkan.